Pemilihan warna wajib tepat dan kena pada
jenis produk dan target market supaya mudah dikenali dan senang dijual. Kalau
warna dah betul2 kaw, audien pon senang nk ingat dgn brand kita. So, harini nak share pasal pemilihan warna dlm design bisnes. Tak kisahlah logo ke
packaging ke.. yg penting warna perlu tepat! Sila hadam and choose your right colour!
1. KUNING
Bersifat kreatif, kegembiraan, harapan, optimistik dan sbg warna
matahari kerana spektrumnya yg cukup terang. Warna yg memberi rangsangan kpd otak sebelah kiri mendorong kpd
pemikiran kreatif. Tambahan pula, kuning merupakan warna yg sgt menarik
perhatian dan mudah dilihat. Ingat lagi tak iklan digi bersama ‘jinkuning’nya? Mudah kan kita
terfokus kpd jin2 tu setiap kali bertukar tukar scene.
2. MERAH
Disifatkan warna yang agresif, berkuasa, bersemangat,bertenaga,
berkeinginan , cinta dan juga meningkatkan nafsuuu. Kalau korang prasan
restoran2 yang femes sering guna warna merah sbg warna tema; KFC, McD Pizza
Huut dll. Merah adalah warna yg paling menarik perhatian krn mempunyai kadar
gelombang yang paling panjjang.

3. UNGU
Bersifat kuasa, ketinggian darjat, kekayaan, kebijaksanaan,
berdikari dan magis. Warna unik yg memiliki kedua dua sifat aktif dan pasif
kerana ungu adalah campuran antara merah dan biru. Jika melebihi kadar merah
maka warnanya akan menjadi aktif. Kalau terlebih biru jadi pasif dan sejuk. Sgt sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu yang eksklusif.
4. JINGGA
Warna campuran antara merah dan kuning. Brsifat semangat dan
raangsangan drpd warna merah dan sifat amanah serta kegembiraan drpd warna
kuning. Selain itu, jingga juga membawa sifat keremajaan, keberanian, optimis,
kreatif dan berkeyakinan. Sering digunakan dlm menyampaikan mesej yang
menggembirakan dan tidak terlalu memaksa.
Selain itu, jingga juga membawa sifat keremajaan, keberanian,
optimis, kreatif dan berkeyakinan. Sering digunakan dlm menyampaikan mesej yang
menggembirakan dan tidak terlalu memaksa. Contoh yang dapat kita lihat adalah dalam iklan Fanta. So sebab
itulah mereka2 yang dalam iklan tu menari2 dan bergembira. Setuju?
5. PINK
Dikaitkan sifat feminin, kekeluargaan dan cinta. Sering digunakan
sebagai tema utk produk2 kecantikan waanita kerana amat dekat dgn sifat dan
jiwa waanita. Selain itu, pink juga mewakili sifat keceriaan, keremajaan,
kasih sayang, kecantikan, ketenangan dan optimis.
6. BIRU
Warna ketenangan. Warna langit dan laut dimana pemandangan itu
sendiri memberikan ketenangan. Satu alternatif utk menurunkan kadar denyutan
jantung. Selain itu juga membawa sifat kebijaksanaan, kepercayaan,
berkeyakinan, positif dan sosialisme. Kalau korang perasan website2 sosial byk
menggunakan warna biru sebagai warna tema. Terserlah ciri2 kebijaksanaan dan
berkeyakinan. Sering dikaitkan dgn bidang bisnes dan pelajaran.
7. HIJAU
Mempunyai tenaga yg boleh membantu orang yang str3ss,
seimbangkan emos! dan juga dikaitkan dgn persekitaran alam semulajadi. Hijau melahirkan rasa santai, menjemput p3langgan utk berehat
dan meredakan tekanan dgn meminum kopi. Tahukan kopi ape? Haa., kopi duyung
(stabak) yg berbelas hinggit secawan tu la. Warna ini juga berkaitan dgn cakra jantung sehingga dipercayai
membantu masalah emosional spt cinta, kepercayaan dan kasih sayang.
Selamat Berkongsi!!!
BizCoach Khairil Adzhar






Comments
Post a Comment